Saya masih setia di sini sebagai sukarelawan walaupun tidak lagi sepenuh masa. Kini, di kampus PDS, seramai 72 orang pelajar bakal daie sedang mengikuti pengajian Diploma Pengajian Islam dan Dakwah. Mereka terdiri daripada muallaf, masyarakat pribumi pedalaman Sabah dan Sarawak,

\"\"

Orang Asli dan kaum minoriti Muslim serantau. Mengenal Islam dan cara hidup bersama Islam di sini. Mereka dilatih serba boleh untuk menjadi daie yang juga agen pembangunan masyarakat.

Sungguhpun pembelajaran di sini tidak setinggi di menara gading, namun kami cuba penuhi amanah yang dipikul di pundak. Harapan masyarakat di perkampungan mereka yang menginginkan kehidupan Islami yang lebih baik. Pasaran dakwah yang sangat mendesak. PDS telah lahirkan sebanyak 187 graduan persijilan kami sejak 2011. Kini, mereka telah bertebaran di lapangan masing-masing.

\"\"

Namun, kewangan PDS akhir-akhir ini agak meruncing. Apa yang ada diuruskan sebaik mungkin bagi memberikan khidmat terbaik buat pelajar kami. Kami amat berharap barang sedikit saham akhirat tuan/puan dilabur di sini dalam bentuk kewangan, barang keperluan dapur dan sebagainya. Kami juga amat berbesar hati kiranya tuan/puan berhasrat untuk menjemput kami memberi CERAMAH PENERANGAN usaha dakwah ini atau mengadakan KEMPEN dan PAMERAN bagi mengumpul dana pengurusan pusat kami.

April nanti, kami juga akan ke Cambodia untuk menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada da’ie kami seramai 15 orang. Selain 23 buah surau dan 5 buah tadika di Sabah dan Sarawak, 5 buah tadika juga telah beroperasi di Cambodia. Jika anda juga ingin membantu misi ini, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

\"\"

Sumbangan boleh disalurkan terus ke kampus Pusat Dakwah Serantau di Sungai Merab, Kajang, Selangor atau menerusi akaun: PUSAT DAKWAH SERANTAU-YAM Bank Muamalat Malaysia Berhad 12100001008710.

Moga Allah meredhai usaha kita semua dalam menyuburkan syiar Islam di dunia ini. Terima kasih di atas sumbangan anda. Ajrukum \’alallah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mudir, Ust Misbahul Munir (010-5667528) atau saya sendiri, Ust Izzuddin Ismail (017-5658397).

Ditulis Oleh: Ustaz Izzudin