1- Pesakit rata-rata seperti anak-anak kecil. Mereka perlukan perhatian.
Kejap nak air, kejap nak makan, kejap nak tidur, kejap nak ke tandas. Macam-macam karenah. Jika ada ahli keluarga, boleh la mereka membantu. Tapi kalau tidak ada ahli keluarga, siapa nak bantu? Anda lah. Andalah kena bantu temannya ke tandas, bantu suapkan makanan, bantu sediakan air, bantu tegakkan badan, banti rebahkan dia untuk tidur.
2- Orang sakit keliru dan malas untuk solat.
Kebanyakan pesakit tidak tahu bagaimana untuk berwudhuk dalam keadaan badan ada najis. Mereka tidak tahu cara berwudhuk menggunakan air dari botol spray, juga tidak tahu cara untuk bertayammum. Baru bab menyucikan diri dari hadas, belum lagi bab solat. Camana nak solat cara duduk, camana nak solat cara duduk, camana nak solat jamak? Ahhh.. Susahlah.. Tak payah solat lah.. Pada saat ini, amat penting kehadiran anda di sisi mereka. Anda ajarkan mereka cara berwudhuk, ajarkan mereka cara bertayammum dan ajarkan cara nak solat bagi orang yang sakit. Anda telah selamatkan pesakit itu dari dosa dan azab neraka.
3- Pesakit adakalanya menyimpan pelbagai rasa hati, memendam perasaan dan rasa tidak puashati pada banyak perkara.
Tiada ahli keluarga yang datang. Hanya seorang diri terlantar di hospital. Makin hari makin sakit jiwa raga. Tiada siapa teman untuk berbicara. Anda datanglah ke sisinya. Dengarlah segala luahan rasa hatinya. Biarkan dia bercakap. Biarkan dia meluahkan segala isi hatinya. Anda hanya perlu kata \”ya..ya..ya\” dan angguk sekali sekala. Jangan bantah, jangan lawan, jangan berdebat dengannya. Senyum.. Manalah tahu mungkin dia nak wasiat harta dia untuk anda. Rezeki la kan.. ?
4- Pesakit yang kurang ilmu agama biasanya jauh dengan tuhan (Allah).
Dia akan mencaci Allah yg telah mengujinya dengan kesakitan. Marah-marah pada orang sekeliling. Nurse kena marah, doktor pun kena marah. Seolah-olah dia yang betul. Macamlah dia doktor. Rasa nak lempang je pesakit macam ni. Sabar.. Anda tenangkanlah dia. Bacalah doa-doa syifa untuk penyembuhan. Cakap baik-baik dengan dia. Dia meraung, mencaci dan marah-marah tak ada guna pun. Sakitkan penghapusan dosa. Silap-silap sakit bertambah dosa, dosa-dosa lama tidam diampunkan. Rugikan. Lama-lama dia akan lembut hati dengan cara anda. Santuni dengan kasih sayang.
5- Hospital adalah antara tempat terakhir hidup seseorang.
Mati di atas katil hospital. Jika matinya dalam Islam, alhamdulillah. Sedihnya ada yang mati dalam keadaan tak sempat nak kenal Islam. Ada yang ketika sakit, nak sangat kenal Islam, tapi tiada siapa yang sudi kenalkan dia tentang Islam. Orang sebegini adakalanya hidayah datang di akhir hayat. Nak bersyahadah, tapi tidak tahu. Bayangkan jika dia mati keesokannya tanpa sempat bersyahadah. Rugi kan. Jika anda datang menziarahinya, bersembang dengannya tentang Islam, bagi makan, ambil berat keadaan diri dan dia terbuka hati untuk memeluk Islam, anda mensyahadahkannya. Tidak anda seorang yang beruntung? Untung sangat-sangat kerana anda telah menyelamatkan dia dari azab api neraka biarpun belum sempat dia melaksanakan solat.
Jom Sertai Kami, Relawan Hospital
Klab Relawan Amal
Yayasan Amal Malaysia
layari www.amalwilayah.com
Ustaz MK Azman
Sukarelawan Ziarah Hospital
Relawan Du\’at (RINDU)
Yayasan Amal Malaysia