Pengalaman Aku mengelola program Yayasan Amal Malaysia, menyantuni dan mengajar rakan jalanan atau gelandangan ada detik-detik yang tak mampu aku lupakan. Aku dan sahabat sukarelawan guru jalanan meluangkan sedikit masa pada setiap petang sabtu selama 5 jam untuk mengajar mereka ilmu fardhu ain di jalan chow kit.

\"\"

Ustaz MK dari Yayasan Amal Malaysia yang sentiasa bersama para Relawan Guru jalanan menyantuni gelandangan

Kali pertama aku bertaaruf dengan mereka di jalan chow kit sebelum memulakan sesi pembelajaran, salah seorang rakan jalanan menyatakan kekesalannya menghabiskan hidup selama 30 tahun menjadi hamba dadah.

\”ustaz.. Saya dah lihat bagaimana kawan-kawan saya meninggal dalam sungai, saya dah melihat kawan saya meninggal atas jalan dan saya dah melihat ada yang meninggal di kaki lima tanpa sesiapa pun hiraukan mayat kawan kami ustaz.. Saya taknak mati macam tu ustaz. Saya nak datang nak belajar ustaz, saya nak solat.. Selama ni saya tak solat ustaz…\”

dia terus menangis. Allahu.. Setiap manusia ada dosa yang pernah dilakukannya, sebaik-baik pendosa ialah mereka yang sedar dan kembali bertaubat kepada Allah. Sehingga hari ini dia masih istiqamah datang belajar.

Kali kedua aku bertemu dengan seorang makcik. Usianya dalam lingkungan 50an. Dia direzeki untuk mengerjakan umrah pada hujung april ini. Sejarah hitam hidupnya menggetarkan jiwanya untuk menjadi tetamu Allah. Makcik Som menceritakan bahwa ketika remaja, dia dirogol bergilir-gilir. Anak yatim piatu. Sehingga kini dia trauma.

Ustaz… Makcik banyak dosa.. Macamana makcik nak jadi tetamu Allah kalau makcik ni masih menyimpan dendam dengan mereka. Makcik takkan maafkan mereka ustaz..\”

Air mata makcik Som mengalir deras. Mengenangkan nasibnya itu dia tidak menyangka akan menjadi tetamu Allah.

\”Itu tandanya Allah sayang pada makcik Som. Bukan semua orang dipilih menjadi tetamu Allah. Bukan sebab kita kaya Allah pilih jadi tetamunya, sebab ramai yang kaya tapi belum dipilih menjadi tetamu Allah. Bukan sebab kita sihat sebab ramai yang sihat tetapi belum diterima menjadi tetamu Allah, malah ada yg sakit dijemput menjadi tetamu Allah.

Bukan sebab kita ada banyak masa, sebab ramai saja orang yg lapang masanya tetapi belum dijemput menjadi tetamu Allah. Makcik dipilih utk menjadi tetamu Allah supaya makcik dapat meningkatkan amal ibadah dan memohon keampunan sungguh-sungguh di tempat yang mustajab doa yakni di hadapan kaabah. Pergi la makcik, Allah telah memanggilmu sebagai tetamunya, lakukan yang terbaik..\” balas saya untuk tenteramkan jiwanya.

\"\"

Mereka rakan-rakan jalanan perlukan bantuan kewangan dan sokongan kita. Ayuh sama-sama kita menyumbang untuk raikan mereka sempena hadirnya bulan Ramadhan. 3 orang anak-anak rakan jalanan akan diaqiqahkan. Mereka akan dijamu makanan yang sedap-sedap. Mereka saudara seaqidah dengan kita. Mereka berhak merasai nikmat bahagia.

\”Salurkan sumbangan, kongsi kebahagiaan\”

Catatan
Ustaz MK Azman
0196342942
Guru Jalanan 4 Rakan Jalanan
Yayasan Amal Malaysia
CIMB ISLAMIC 8603255448