Sudah 5 tahun saya bersama NGO Islam Yayasan Amal Malaysia (YAM) setelah diperkenalkan oleh pendakwah di rimba Imam Muda Fakhrul. Di sini saya belajar sebenar-benarnya kerja dakwah, kebajikan, prihatin, ambil peduli dan paling penting dan indah adalah ukhwah fillah.

\"\"

Ketika saya sekeluarga ditimpa musibah pada tahun lepas, sahabat² saya inilah Mohammad Zainey Roslan, Imam muda Fakhrul Fakhrurrazi Hussin, Saifullah Hussin, Hafizul Husni Al-Banjari yang mula² bertindak pantas menziarahi kami dan melancarkan operasi bantuan. Diikuti dengan sahabat² rakan seperjuangan dan sepengajian Universiti Malaya. ?

Sungguh.. Menyertai NGO atau apa² badan kebajikan dan dakwah ini bembuatkan kita murah rezeki.. Pengalaman menyambut Aidiladha di Sudan dan menyembelih haiwan korban, adalah sesuatu pengalaman yang tak akan dapat dilupa. Meneroka merentas belantara Sabah dan Sarawak malah ke pulau Banggi adalah sesuatu yang manis.

Berkata seorang sahabat..
\”ustaz, bila lagi nak ajak saya pergi misi dakwah?. Rasa dah lama tak gi (dakwah), rezeki pun rasa sempit. Dulu kan ustaz, balik je dari misi dakwah, rezeki mencurah-curah.\” … Itulah pengalamannya.. 

https://youtu.be/hoY4Ye4C_pY

Sahabat saya, seorang pelakon Anita Bt Baharom juga mempunyai pengalamannya yangg tersendiri. Beliau juga bersama Yayasan Amal Malaysia (Wilayah) menabur bakti untuk masyarakat di pedalaman Sabah dan Sarawak. Beliau pun dah sampai di Sudan. Selebriti Amal Qurban. 

\"\"

Hari ini kami bersidang… Bertemu lagi di Miri pertengahan bulan ni. Insya Allah.

berminat untuk menjadi Volunteer Kerja Dakwah Yayasan Amal Malaysia
daftar segera, mungkin esok lusa anda ada waktu free untuk join misi2 kami:

http://www.amalwilayah.com/daftarrelawan/