HANCURNYA SEBUAH BANDAR ISLAM DI KOTA MARAWI PHILIPPINES.. KINI MEMERLUKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN KITA SEMUA UNTUK BANGKIT

Alhamdulillah mlm tadi jam 11 mlm tiba di Corabato Philippines, meneruskan perjalanan salepas seharian di Kota Marawi. Bersama team peninjau urusetia induk INTL. CHARITY
CONFERENCE FOR MARAWI (ICCM).
Di Marawi.

sehari menziarahi “Kota Down Zero Marawi “ yg 
penduduk asal 99% muslim kini 99% hancur.. Kota ini diserang kononnya atas alasan memburu ISIS tetapi yang di hancurkan 99% bangunan dan 100% asset dan harta benda penduduk awam.. tak tinggal satu pun yang ditinggalkan sempurna… seluruh penduduknya jatuh bankcrupt.

Hon Dr Safruffah, Minister of Health ,MP & owner of the big private hospital juga kini masih lagi tinggal di Refugees Camp.
Hancurnya diluar logic dan tak masuk akal dan alasan.

Bandar ini dihancurkan bermula Mei 2017, kini dah 2 tahun ia berlalu, masih sepenuhnya di kawal tentera, entah apa yang di jaga sebab sudah totally zero. Kami team rombongan pertama di izin masuk selepas 2 tahun sebab mengiringi lawatan menteri kesihatan, yang hospitalnya sendiri 5 tingkat totally hancur….

Insya Allah lawatan kami bersama YB Us Ariffin (Exco Trg) Tn Hj Razali (Asst Sec Gen IFRD/ & AMAL, dan Ustaz Mohd Kamal Nazmi (TSIS) obh of Kerajaan Terengganu membuat site visit dan meeting dengan Hon Dr Safrullah, menyusun persiapan ICCM yang bakal diadakan pada 19 – 21 July 2019 nanti

InsyaAllah… fokus Conference mencari jalan bagaimana boleh pulihkan kembali bandar islam yang hancur ini.

Langkah strategic pertama mungkin membaik pulih masjid terbesar yang nampaknya masih boleh di baiki.. Kos baik pulih masjid , sekitar RM2M….

Haji Hussin ismail
Kota Marawi
Yayasan AMAL Malaysia