Kerja2 Dakwah semakin Hari makin mencabar.. 
Antara usaha Dakwah dan Kebajikan yang dilaksanakan secara aktif oleh kami di Yayasan Amal Malaysia adalah program ziarah ke pendalaman Sabah dan Sarawak.. Buat kebajikan.. Bantu mereka yang susah yg hidup jauh di pendalam.. Dan yang paling penting, Seru dan ajak mereka mengenal dan mengESAkan Allah.. Alhamdulillah ramai juga yang menyahut seruan ini..

Tetapi menjadi satu cabaran bagi kami adalah bagaimana nak menjaga saudara-saudara baru ini.. Bagaimana nak mengukuhkan aqidah mereka.. mengilmukan mereka dengan kefahaman Islam yg sebenar.. Apalagi cabaran besar apabila mendapat berita bahawa ada yang aqidahnya goyang dan mudah kembali murtad.. Sedih sangat..

Pernah kami di satu lokasi di Sarawak, Seorang Pakcik tua dari Suku kaum Penan, menitiskan air matanya depan kami.. Mengadu katanya \”Tolonglah hantarkan kami Ustaz-ustaz yang mahir bagi mengajarkan kami islam.. Katanya dulu di kampung itu ada sebuah Surau yg dibina di tepi sungai.. Tetapi oleh kerana tiada siapa yg ada ilmu dalam agama, maka Surau itu terbiar dan lama kelamaan Runtuh dihanyut air banjir\”.. Pakcik tua tu dah 20 tahun masuk islam.. Bukan kata nak baca Surah Al-Fatihah dan bersolat.. Syahadahnya pun belum ingat, hanya boleh sebut Asyhadu….Asyhadu.. hanya tahu bahawa kami orang Selam dan kami tak makan babi dan tak minum arak\” Alhamdulillah.. Teguh pendirian pakcik tu.. Dalam tempoh itu, anak dan cucunya tetap juga beriman dan mengaku sebagai ISLAM .

Kita selalu fikir, kerja Dakwah ini adalah kerja seorang Ustaz.. Tapi bagi mereka, Semua orang di semenanjung sudah bertaraf ustaz.. Sudah ada ilmu tentang Islam, Sekurang2nya tahu ilmu Fardu Ain… Tahu bagaimana nak bersolat.. Tahu bagaimana nak berhadas.. Itulah yg saudara kita di sana sangat memerlukan..

\"\"

Alhamdulillah.. Sejak 2010, Anisiatif baru telah dibuat Oleh Yayasan Amal Malaysia bagi menyelesaikan Masalah ini.. Di pimpin Oleh Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din sebagai pengerusi majlis perunding.. Tertubuhlah sebuah pusat pendidikan yang dinamakan dengan Pusat Dakwah Serantau – P.D.S.. ditubuhkan bagi tujuan untuk melahirkan para Da\’ie atau Ustaz dari kalangan Muallaf dan masyarakat pendalaman dari belbagai suku kaum, ada diantara mereka dari Sabah dan Sarawak.. dan ada jugak yang datang dari Komboja serta Viatnam..

Mereka dijemput belajar di Pusat Dakwah Serantau ini dengan biasiswa penuh oleh Yayasan Amal Malaysia.. agar Mereka menjadi kader dakwah  yang menyambung usaha pemantapan Islam dan dakwah ini kepada kaum mereka, dengan Bahasa, adat serta uslub dakwah yang lebih mereka fahami..

Kos Operasi Pusat Dakwah ini terlalu tinggi.. pernah satu ketika Tuan Haji Khairan, Salah seorang ahli majlis perunding PDS bertanya TGHD bagaimana kita mahu menanggung kos yang begitu besar ini.. Jawapan mudah dan PADU dari TGHD pada kami, Katanya \”Allah akan bantu kita insyAllah.. Jika kita bantu Agama Allah, Allah akan bantu kita\”  sambil jari telunjuk menunjuk kelangit.. Subhanallah tinggi sangat tawakkal TG Harun Din buat kami semua terdiam.

Alhamdulillah…  Kini Usia PDS pun sudah hampir 10 tahun.. Legasi TGHD ini masih kami teruskan.. Hasil dari usaha ini.. Ribuan telah memeluk Islam.. dan terbinalah juga banyak Surau-surau serta Tadika Amal Hidayah di banyak lokasi di Sabah, Sarawak serta kemboja.. Permintaan kemasukan pelajar baru dari kalangan Saudara-Saudara baru saban tahun semakin tinggi.. Yayasan Amal Malaysia mengorak langkah membuka satu penempatan baru bagi menggantikan bangunan sementara yang sempit..

\"\"|

\"\"


kini berusaha untuk menyiapkan bangunan baru Pusat Dakwah Serantau di Banting Selangor..
Dan ia memerlukan dana yang besar bagi menbantu membangunkan bangunan baru serta kos operasi.. PDS tak mampu, untuk berjaya tampa sokongan dan dokongan kita semua..

InsyAllah kami akan istiqamah dalam usaha ini.. Dan kami nak ajak semua ummat islam bersama2 kami dalam usaha ini.. 


Sabda Rasullullah yg bermaksud: 
\”Siapa yg membantu menyiapkan kelengkapan pejuang (dalam usaha dakwah) ini.. Sesungguhnya dia juga akan mendapat pahala berjuang\”..

Dan Sabda Nabi lagi: \”Sesungguhnya Jika kerana sedikit usaha engkau menjadi asbab seseorang itu mendapat hidayah Allah, lebih baik padamu dari mendapat Dunia dan seluruh isinya\”..

\"\"

Pada yang berminat.. Jom kita sama-sama menyumbang ke tabung pembangunan dan dakwah Pusat Dakwah Serantau… Jom kita Support usaha ini.. Pinjam jap kata2 Sahabat saya Saudara Mokhtar Suhaili di awal penglibatan saya.. \”Kalau Bukan kita Siapa?, kalau bukan sekarang bila?\”

\"\"
\"\"

Saifullah Hussin Al-Tobaqi
pensyarah dan Ahli Majlis Perunding Pusat Dakwah Serantau