Catatan pengalaman program korban di Ndajamina, Chad- bahagian 2.

Kami berpeluang melawat kawasan pelarian ini. Sungguh dhaif!!!… Benar-benar dhaif. Keadaan jalan yang lecak dan berselut. Pondok-pondok beratap jerami dengan kanvas dari UNHCR adalah banglo buat mereka. Di dalam rumah langsung tidak ada apa-apa. Hanya hamparan tanah dan kain-kain yang bergantungan. Dapur tanah menjadi kemestian. Saya difahamkan oleh para pelarian bahawa ratusan lagi yang tidak ada pondok. Hanya berteduh di bawah-bawah teduhan yang ada.

\"\"\"\"

Cara pembahagian korban di kem pelarian ini ialah mengikut jumlah blok. Secara keseluruhannya ada 32 blok. Setiap satu blok ada seorang ketua untuk mengambil kambing yang telah disembelih. Satu blok ada yang dapat sehingga 13 ekor dan ada yang kurang. Semua kambing-kambing itu diangkat dan dibawa dengan menggunakan kereta sorong dan ditolak di atas jalan-jalan berselut. Letih juga melihatnya..

Sedang kami berjalan melewati deretan khemah-khemah pelarian. Tiba-tiba seorang pakcik menjerit kepada kami . “ta’al!!..ta’al!!…syuful masjid!” Sambil menundingkan jarinya ke arah sebuah khemah yang agak besar sedikit dari yang lain. Subhanallah!, rupa-rupanya khemah itu adalah sebuah masjid yang dibina untuk kegunaan para pelarian di situ. Masjid yang diberi nama Masjid Fatimatuz Zahra itu tidaklah begitu besar. Pada hemat saya mungkin hanya sekadar 20×20 sahaja. Kelihatang dua orang pakcik duduk di dalamnya mungkin beriktikaf. Tidak ada lantai atau karpet.. Hanya hamparan tanah yang menjadi sejadah mereka. Dengan keadaan atap kanvas yang koyak dan berlubang pastinya menyukarkan mereka jika hujan. Dindingnya juga kanvas UNHCR. Tidak ada susunan naskah Al Quran dan kipas. Yang mengejutkan saya ianya adalah untuk kegunaan 5000 orang pelarian di kawasan itu. Itulah satu-satunya masjid yang ada.. Allah~~ Betapa banyak lagi kerja yang haris kita buat.

\"\"

Selain program korban, kami berpeluang menyantuni kanak-kanak dan para ibu. Kami difahamkan kem ini menempatkan terlalu banyak ibu tunggal yang kehilangan suami mereka dibunuh di kampung kelahiran mereka. Barang sumbangan rakyat Malaysia seperti pakaian, alat tulis, soft toys dan buku kanak-kanak kami cuba sampaikan. Untuk mengumpulkan mereka satu cabaran. Untuk handle crowd mereka satu cabaran yang lain lagi. Alhamdulillah.. kami cuba gembirakan mereka dengan menyanyi dan ajak berselawat. Senyuman anak-anak kecil ketika berselawat ini satu hiburan yang sangat menenangkan kami.

Ketika bag sumbangan dibuka, suasana ceria tadi bertukar serta merta. Hingar bingar kelam kabut seperti dalam medan perang!. Masing-masing berebut sehinggakan para ibu pun mengheret anak-anak masuk barisan untuk menerima sumbangan. Saya melihat sendiri seorang ibu mengheret anaknya untuk masuk barisan sehingga anak tersebut menangis sambil memegang tangannya kerana kesakitan.. Saya memahami, ibu tersebut mahu anaknya gembira mendapat hadiah tetapi…. Entahlah, terkadang susah untuk difahami.

\"\"

Tidak terkawal!!!… Kami tidak mampu kawal.. Barisan tidak mampu dibuat..Tangisan anak-anak kecil berteriakan seperti lebah. Para pengawal cuba mengawal keadaan dengan menghentak-hentakkan kayu di lantai. Ada yang melibas mereka dengan tali untuk meleraikan anak kecil dan para ibu ini.. Kami cuba melarang, mereka membalas kepada kami dengan bahasa yang tidak kami fahami.. Kami sekadar memahami bahawa itu cara mereka..

\"\"

Bukan barang apa pun.. Cuma pensil warna dan buku mewarna untuk kanak-kanak. Itu pun helaian buku mewarna tepaksa kami ceraikan kerana tidak mencukupi. Seorang sehelai. Kulit buku pun mereka rebut!.

Saya cuma mampu menahan rasa sebak dalam kelam kabut yang ada.. Betapa bernilainya sehelai kertas lukisan kanak-kanak bagi mereka yang terkadang dilihat seperti sampah di tempat kita.. Betapa mahalnya harga yang harus dibayar untuk sebuah senyuman dan kegembiraan..

\"\"

Kami tak sanggup melihat kekasaran kepada anak-anak kecil dihadapan kami.. Bagi mereka mungkin biasa dan mungkin itulah cara mereka. Tetapi bagi kami ianya terlalu sedih untuk disaksikan..Kami membuat keputusan untuk menutup kembali bag sumbangan dan diserahkan kepada pihak pengurusan mereka untuk dibahagikan mengikut cara mereka.

Alhamdulillah.. perhatian beralih kepada pihak pengurusan mereka dan kami dapat meloloskan diri dari kerumunan manusia 
dengan selamat membawa hati yang bercampur baur dan sungguh sebak untuk dikenang..

\"\" \"\"

Alhamdulillah, untuk hari pertama Aidil Adha, kami telah berjaya menyempurnakan 300 ekor kambing amanah rakyat Malaysia. Team Amal Qurban sendiri ke yang sembelih kesemua 300 ekor hari pertama tu??. Nanti saya ceritakan..

Bersambung..

Al Faqir Imam Muda Fakhrul
Kem pelarian Gawi
Ndjamina, Chad.
Hari Raya Pertama..