TADIKA AMAL HIDAYAH
—————————————

Tadika ini ditubuhkan untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak muallaf fakir miskin di pedalaman Sabah.

Mereka belajar asas fardhu ain, membaca dan mengira. Sekolah dan tabika kerajaan jauh dari kediaman mereka. Sebab itu tadika ini menerima kanak-kanak dan remaja berumur antara 4 hingga 15 tahun. Objektif kami, kami didik mereka sehingga mampu Membaca, Mengira dan Menulis.

Usah pelik jika lihat mereka berpakaian sebegitu, tidak menutup aurat. Itulah pakaian yang mereka ada. Sudi tak anda membantu mereka dengan pakaian baru?

\"\"

Anak² muallaf yang juga anak murid kami makan ubi dan pisang setiap hari. Tiada nasi, tiada bihun dan mee goreng apatahlagi roti canai. Mereka hidup jauh di pedalaman sebuah pulau yg terbesar di Malaysia. Di tadika, kami buatkan mereka nasi goreng, bihun goreng dan kekadang kami bawa roti gardenia dari semenanjung. Sedap sgt kata mereka. Itulah antara motivasi mereka untuk hadir ke tadika. Bukan dekat rumah mereka ke tadika. Jauh. Terpaksa melalui denai, kawasan berpaya, ladang pisang, ladang getah, jalan berbatu dan ada ketikaya jalan berselit ketika hujan. Mereka tabah untuk belajar mengenal Tuhan dan alam.

Biasanya saya akan ke sana setiap 2 bulan bersama sahabat saya Mohammad Zainey Roslan untuk melihat kebajikan dan perkembangan mereka termasuk keluarga. Di sana sudah ada daieyah² yg berkorban masa remaja mereka untuk mendidik anak² dan muallaf mendalami ilmu agama. Sungguh besar jasa mereka.

\"\"

Pernah saya mengajar muallaf dewasa berwudhuk. Allahu rabbi.. 6 bulan mereka mempelajari cara berwudhuk.. Belum mampu mereka fahami aturannya.. Tetapi jika diajar anak² kecil ini cara berwudhuk.. Sehari sahaja sudah pandai. Semoga mereka menjadi obor kepada ahli keluarga mereka. Obor yg akan menerangi perkampungan mereka dengan agama Islam.

Sesekali ingin kami belikan mereka pakaian baru, belikan mereka makanan dan minuman seperti yang dirasai oleh kanak² di sini. Tapi kami masih belum cukup dana. Dana yang ada hanya untuk mereka makan setiap bulan hasil sumbangan insan² yang pemurah. Ingin kami belikan lagi mereka roti gardenia.

Jika anda ingin menyumbang dan membantu kami menghiburkan mereka, hubungilah saya 019-6342942. Insya allah bulan 11 nanti akan akan ke sana lagi. Moga amal jariah ini menjadi saham kita di alam kubur.

MK Azman
Relawan Du\’at (RINDU) 
Yayasan Amal Malaysia

#RELAWANDUAT
#tadikaamalhidayah