Teringat kenangan bersama Hj Hussein Alkolakhi. Gambar ini di ambil pada September 2015
Tahun tu adalah tahun ke 2 aku ke Sudan dan kali ke 2 jugak jumpa dengan Sheikh Hussein. Walaupun aku tak la kenal dia, tapi aku tahu dia orang besar di Sudan kerana dia ada pengikut dan anak murid yang ramai.
Dan dia seorang yang sangat di segani sebab semua anak murid dan pengikutnya akan tunduk membongkok bila bercakap dengan dia. Bila dia panggil pengikutnya untuk ambil sesuatu, cepatยฒ berlari pengikutnya macam kena kejar hantu untuk ambil apa yang di minta
Aku masih ingat saat ni kami lawat beliau di madrasahnya di Omdurman. Macam biasalah.. orang arab ni satu benda yang kita tak dapat lawan adalah cara dia raikan tetamu.
Kami di jamu dengan macam2 hidangan, roti keras bersama dal, kambing bakar cicah madu, dan macam2. Ada yang sedap, banyak jugak yang buat rasa geli tekak nak makan. Macam biasa jugak orang arab ni kebiasaannya hidangannya atleast ada 3 – 4 round.
Round pertama makan ringanยฒ, roti ke cicah dal.. masa mulaยฒ sampai Sudan dulu terfikir jugak bila sampai hidangan 1st round tu terdetik dalam kepala, \”ni je dia hidang?\”.. sekali masuk 2 round, datang pulak kambing bakar, madu, sambal macam2.. masuk round ke 3, datang plak ghasidah.. air coke bagai.
Ingatkan dah tamat, rupanya datang pulak talang last bawak tea pudina & kopi halia, saat tu dah menyandar surrender, cukup laa..cukup laa
Gambar ni ada kisahnya, saat ni datang hidangan pertama.. Masing2 duk sibuk pelawa mempelawa, \’ta \’al.. barokah..\’, kata pengikut dia yg bawak makanan tu, aku cubit sikit yang dia kata \’ghasidah\’ tu sama2 dgn tuan sheikh. Rasanya masam dan agak melekit, makan amik syarat je sebab rasanya .. huhuhu.. setakat 3,4 cubit aku sanggup la.. tu pun aku cubit kat part bucu yang belum di celup jari pengikut2nya.. geli aihh nak berebut 1 bekas tu
Lepas tu pengikut dia bawa datang roti keras ala2 roti perancis tu yg dia gaul sekali dgn daging dan rempah.. diorang ni makan memang takde rasa ke? Tawar je..
Time datang menu ke 2 tu, aku plak yg pelawa tuan sheikh bila tengok dia termenung je tengok roti campur daging tu duk atas meja. Agaknya dia pun hilang selera dengan banyak sangat jariยฒ duk celup dalam bekas tu.. \’ta \’al sheikh..! barookahh!\’ kata aku pada tuan sheikhul Husseiny.. terkejut dia terus je dia cubit roti tu sama2 dgn aku. Terbeliak pengikut dia, pengikut dia pun tak berani nak bergurau macam tu kat dia ๐..
Singgah jumpa Sheikh Hussein boleh dikatakan wajib setiap kali ke Sudan. Kali terakhir jumpa beliau pada bulan September tahun lepas.
Harini.. beliau telah pergi menuju ke negeri abadi. Semoga Allah kurniakan syurga firdaus buatnya
ุงููููููู ูู ุงุบูููุฑู ูููู ููุงุฑูุญูู ูููุ ููุนูุงููููุ ููุงุนููู ุนูููููุ ููุฃูููุฑูู ู ููุฒูููููุ ููููุณููุนู ู ูุฏูุฎูููููุ ููุงุบูุณููููู ุจูุงููู ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงููุจูุฑูุฏูุ ููููููููู ู ููู ุงููุฎูุทูุงููุง ููู ุง ูููููููุชู ุงูุซููููุจู ุงูุฃูุจูููุถู ู ููู ุงูุฏููููุณูุ ููุฃูุจูุฏููููู ุฏูุงุฑุงู ุฎูููุฑุงู ู ููู ุฏูุงุฑูููุ ููุฃููููุงู ุฎูููุฑุงู ู ููู ุฃูููููููุ ููุฒูููุฌุงู ุฎูููุฑุงู ู ููู ุฒูููุฌูููุ ููุฃูุฏูุฎููููู ุงููุฌููููุฉูุ ููุฃูุนูุฐููู ู ููู ุนูุฐูุงุจู ุงููููุจูุฑู ููุนูุฐูุงุจู ุงููุงุฑ
Kredit to:ย Umar Abdul Aziz