Kes harian COVID pada hari ini masih belum lagi belum ada tanda-tanda untuk surut seperti sebelum ini. Antara pihak yang perlu diberi perhatian ialah kebajikan frontliner di hospital yang bertungkus lumus menguruskan pesakit COVID yang meningkat setiap hari.
Bermula daripada semalam, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan mengambil inisiatif untuk menghantar 100 pek makanan setiap haripada kepada Hospital Putrajaya. Usaha ini dibuat bagi meringankan beban petugas, sukarelawan dan pesakit yang berada di hospital Putrajaya pada ketika ini.
Ustaz Fikhry selaku Timbalan Pengerusi Cawangan Wilayah merakamkan penghargaan kepada pihak yang memberi sumbangan pek makanan harian ini. Sumbangan ini sebagai tanda penghargaan buat frontliner di hospital yang berkhidmat menjaga kesihatan orang awam di sini. Kata beliau, ia adalah lambang hubungan yang erat dan akan mengukuhkan lagi jalinan kerjasama pihak NGO , masyarakat dan Hospital.