Pusat DaKWAH SERANTAU

Pusat Dakwah Serantau merupakan pusat pengajian yang melatih serta membentuk pendakwah/mubaligh Islam di rantau ASEAN. Di sini, para pelatih dakwah diberi penekanan pendekatan “dakwah bil hal”. Selain pengajian Islam, mereka turut dibekalkan dengan kemahiran dakwah, pengubatan Islam, pertanian dan pendidikan pra-sekolah demi membangunkan masyarakat dengan ilmu.

Oleh itu kami mengajak anda untuk sama-sama menginfak kepada Pusat Dakwah Serantau bagi membantu menaja operasi, pembangunan & dakwah para daie yang sedang belajar di Pusat Dakwah Serantau.

Dengan peluang ini, perkembangan dakwah dilapangan sedang dan semakin rancak bergerak hasil usaha para alumni PDS yang bertugas sebagai daie. Untuk rekod, setakat ini terdapat lebih 300 orang daie berada di lapangan. Dan hasil dari usaha ini, Alhamdulillah sudah lebih 4,000 orang telah memeluk Islam sejak tahun 2010.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI PUSAT DAKWAH SERANTAU


MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SESI BARU PUSAT DAKWAH SERANTAU

Seramai 25 pelajar baru telah diterima masuk ke Pusat Dakwah Serantau bagi sesi 2021-2024, 20 orang telah lapor diri dan 5 orang lagi akan melapor diri sebelum Disember 2021. Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Mudir Pusat Dakwah Serantau, Ust Misbahul Munir Hj Masduki.

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH UNTUK MUALLAF DI KAMPUNG PASIR HITAM

Kursus diadakan di Surau Amal Kg Pasir Hitam, Pulau Banggi, Kudat. Di kendalikan oleh para daie PDS dengan diketuai oleh Daie Rosdi. 10 set peralatan turut disumbangkan kepada surau Amal Kg Pasir Hitam dan Surau Amal Kg Salangan sebagai persiapan pengurusan jenazah apabila berlaku kematian. Penduduk kg ini rata-rata masih bergelar muallaf, mereka masih perlukan bimbingan fardhu Ain dan penghayatan cara hidup Islam. Alhamdulillah, penduduk kampung sangat bertuah kerana mempunyai 5 daie lelaki sepenuh masa, dan 4 daie muslimat sepenuh masa untuk membimbing semua para muallaf dari kanak-kanak, remaja, belia, dewasa dan juga warga emas. Para daie perlu dibantu supaya segala aktiviti berjalan dengan lancar, sumbangan2 kewangan, kotak makanan dan sebagainya sangat diperlukan.

MELUASKAN DAKWAH DI KAWASAN PEDALAMAN SABAH, SARAWAK

Para Daie PDS terus menerus menabur bakti di pelusuk pendalaman Sabah dan Sarawak. Kelas-kelas fardhu Ain sdh mula berjalan semula. Ada juga para Daie kita terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir, membersihkan sekolah yang berlumpur akibat banjir, menyampaikan bantuan kotak makanan dan sebagainya. Kepada para penyumbang masih boleh terus menyumbang untuk disalurkan kepada para Daie bagi menjalankan pelbagai aktiviti mendekati masyarakat.

[give_form id="2225"]