Infaq pusat pendidikan asnaf dan muallaf (Rumah Didik Sahabat)

Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan, Rumah Didik Sahabat ditubuhkan bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada sahabat jalanan (gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar.

Sebelum tertubuhnya RDS, kami menggunakan rumah Makwan sebagai lokasi dan tempat pembelajaran. Pada ketika itu, kami hanya fokus kepada pendidikan Solat dengan harapan mereka akan mengubah hidup mereka apabila mereka menjaga Solat. Alhamdulillah ia memberi kesan kepada ibu-ibu yang sering hadir ke kelas agama yang pihak kami jalankan.

RDS juga menjadi pusat untuk para muallaf mendapatkan ilmu ISLAM. apa yang mengujakan adalah, sudah ada LEBIH 50 orang peserta yang datang telah memeluk agama islam disini sehingga ia menjadi satu  komuniti yang hebat. kelas pengajian islam dalam 2 bahasa.  Kelas Agama dalam Bahasa Menderin juga digerakkan agar mampu memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para muallaf yang datang.

PENGISLAM BERLAKU HAMPIR SETIAP HARI

VIDEO RUMAH DIDIK SAHABAT PADA AWAL PROSES RENOVASI

Saudara Adam Corrie Melawat Rumah Didik Sahabat Yayasan Amal Malaysia serta memberi sedikit pengenalan mengenai Rumah Didik Sahabat
[give_form id="2232"]