Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama pekedai runcit/pasaraya milik usahawan islam kini meletakkan Rak Amal Kongsi Rezeki yang diisikan dengan barang-barang keperluan harian agar mudah bagi golongan-golongan yang terkesan ini mendapatkan barang keperluan harian.
Setakat ini sebanyak 100 Rak Amal Kongsi Rezeki ini bertaburan di seluruh semenanjung Malaysia.
Dengan bantuan Tuan/Puan para dermawan budiman lebih banyak Rak Amal Kongsi ini boleh diletakkan dan lebih ramai mereka yang terkesan dapat dibantu
Assalammualaikum Tuan Puan Para Dermawan yang disayangi dan dirahmati Allah Selawat & Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ
“Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik”; [Ad-Duha: 10]