Infaq Tadika AMAL

Tadika AMAL Hidayah merupakan salah satu projek berimpak tinggi Yayasan Amal Malaysia. Kebanyakan pelajar tadika di sini dari latarbelakang keluarga sederhana dan miskin yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke tadika di bandar dan pekan akibat lokasinya yang jauh di pendalaman. Lebih menarik lagi, ada yang dari keluarga yang belum Muslim, namun anak mereka dihantar ke tadika ini dan belajar dalam sistem pendidikan aliran Islam.

Inisiatif Yayasan Amal Malaysia ini dikendalikan oleh Relawan Duat (RINDU) yang telah membina dan mengurus Tadika Amal Hidayah secara percuma. Semuanya hasil daripada sumbangan orang ramai kepada Yayasan Amal Malaysia.

Inilah antara anak-anak yang kami didik di Tadika Amal di Sabah. Mereka diberi kelengkapan belajar secara percuma, makan minum dan pakaian juga secara percuma hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan nasib mereka.

Insya Allah beberapa Tadika Amal akan dibuka lagi di beberapa tempat. Permintaan masyarakat Muslim dan belum Muslim di pendalaman kami akan usaha tunaikan sebaik mungkin. Teruskan menyumbang untuk pendidikan mereka.

GAMBAR AKTIVITI-AKTIVITI DI TADIKA AMAL

Klik "Saya Mahu Mengingfaq" Pada Butang Hijau dibawah Untuk Menaja Tadika AMAL

[give_form id="2959"]

Kejayaan kami

Sejak Tadika AMAL diwujudkan pada 2010, kami telah berjaya mencapai sasaran dan objektif seperti di bawah

0
Lokasi Tadika AMAL
0
Guru
0
Jumlah Pelajar
RM 0
Kos Bulanan Yang Diperlukan