Wakaf Tunai Kenderaan Dakwah & Kebajikan

Wakaf Tunai Pembelian Kenderaan Kebajikan dan Dakwah di Wilayah Persekutuan

Yayasan Amal Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan NGO yang berdaftar dengan ROS, kini aktif dalam gerak kerja dakwah dan kebajikan. menyantuni masyarakat pendalaman, begitu juga membantu miskin bandar kuala lumpur dari kalangan Asnaf Rakan jalanan (gelandangan).

Sepanjang menyantuni Asnaf rakan jalanan sejak tahun 2015, Yayasan Amal Malaysia bukan sahaja memberikan bantuan dari sudut makanan atau keperluan harian, akan tetapi Amal Malaysia juga memberi penekanan dan bantuan dari sudut kerohanian, kesedaran diri dan kefahaman agama. Walaupun ianya satu usaha yang sukar, tetapi ianya telah menampakkan hasil yang baik. ramai yang sudah sedar dan cuba bangkit dari kamelut kehidupan yang mencabar ini.

Sumbangan wakaf ini akan digunakan untuk tujuan membeli sebuah kenderaan 4×4 yang sangat penting bagi tujuan memudahkan lagi urusan gerakerja bantuan, dakwah dan kebajikan.

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DIJALANKAN

[give_form id="2280"]