Kami ingin mengajak Tuan/Puan para dermawan sekalian untuk bersama-sama Yayasan Amal Malaysia memeriahkan projek memberi makan fakir miskin tegar di Warung Makan Sahabat dengan menaja Pek makanan harian buat semua fakir miskir tak kira latar belakang agamada dan bangsa di Warung makan Sahabat, dari program makan begini, maka aktiviti-aktiviti kebajikan khususnya dakwah, kerohanian dan pengislaman saudara baru di warung makan sahabat sentiasa meriah.
Antara keperluan lain yg menunggu utk disediakan di warung makan sahabat ialah :
1. Pembelian barang-barang dan bekalan keperluan memasak di Warung Makan Sahabat bagi agihan makanan melebihi 350 orang peserta setiap hari.
2. Tajaan Laman Ngaji setiap rabu & khamis buat anak-anak fakir miskin kota dan gelandangan.
3. Bantuan kecemasan utk keluarga-keluarga susah secara berkala.
5. Kos pengurusan warung makan sahabat yg melibatkan pembayaran elaun utk sukarelawan dari pelbagai golongan.
6. Kos Pengurusan Kenderaan Warung Makan Sahabat
Selepas Warung Makan Sahabat dimulakan dan mendapat kejayaan, Rumah Didik Sahabat ditubuhkan ditingkat atas bagi meneruskan agenda mendidik masyarakat setempat yang terdiri daripada sahabat jalanan (gelandangan), golongan asnaf, muallaf dan kanak-kanak yang terbiar.
RDS juga menjadi pusat untuk para muallaf mendapatkan ilmu ISLAM. apa yang mengujakan adalah, sudah ada LEBIH 80 orang peserta yang datang telah memeluk agama islam disini sehingga ia menjadi satu komuniti yang hebat. kelas pengajian islam dalam 2 bahasa. Kelas Agama dalam Bahasa Menderin juga digerakkan agar mampu memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para muallaf yang datang.
Maka marilah kita banyakkan berinfaq utk kegunaan umum WARUNG MAKAN SAHABAT.
Sejak Warung Makan Sahabat diwujudkan pada 2020, kami telah berjaya mencapai sasaran dan objektif seperti di bawah