Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
Guru Jalanan Untuk Rakan Jalanan, \”Kami pun nak belajar Agama\”

Yayasan Amal Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan telah mengambil inisiatif secara sukarela untuk membantu rakan jalanan dengan mengadakan kelas fardhu ain dan bimbingan agama pada setiap hari Sabtu jam 5.00ptg-6.00ptg secara percuma. 


Melalui kelas ini rakan jalanan yang hadir akan diajar secara one by one cara bersuci, berwudhuk dan cara menunaikan solat dengan betul. Setiap pelajar diberikan buku rujukan bagi memudahkan kefahaman mereka.


Menurut Penyelaras Program Guru Jalanan 4 Rakan Jalanan Ustaz MK Azman, \”idea untuk mengadakan kelas fardhu ain ini wujud apabila ada permintaan dari rakan jalanan supaya mereka diajar ilmu agama khususnya ilmu fardhu ain. Pada waktu itu saya bersama NGO iCare Puncak Alam menganjurkan program Jejak Kasih Rakan Jalanan dengan memberi mereka makan, solat berjemaah dan sedikit pengisian keagaamaan.

Melihat kepada keperluan ini, saya segera mempelawa masyarakat awam melalui facebook dan group whatsapp relawan amal untuk bersama-sama saya menjadi sukarelawan guru jalanan dengan matlamat untuk memberi ilmu kepada rakan jalanan selain membimbing dan mendidik mereka melakukan kebaikan dan menjauhi segala larangan.

Alhamdulillah sambutan dari rakan jalanan setakat ni amat memuaskan. Kini saya mempunyai hampir 50 orang guru jalanan dari pelbagai latar belakang.\”


Kelas fardhu ain ini diadakan di sebuah rumah aktivis rakan jalanan di sekitar Chow Kit. Rakan² jalanan yang berada di sekitar Kuala Lumpur dipelawa untuk mengikuti pengajian ini. Jika ada yang ingin menyumbang bagi tujuan penyediaan makanan dan keperluan pembelajaran mereka, boleah hubungi Penyelaras program Ustaz MK Azman di talian 019-6342942.

Berminat Untuk Menyumbang dalam program ini, sila hantarkan Sumbangan anda ke Akaun Bank Yayasan Amal Malaysia (Wilayah persekutuan)

Yayasan Amal Malaysia (Wilayah Persekutuan)

CIMB BANK 8603 255 448 (Sumbangan Program Rakan Jalanan)

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.