Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
Khabar Duka Dari Kemboja, Sumayyah pemergianmu di cemburui

Hari ini Pulang ke Arrafiqul A\’ala.. Daie Muslimat Cambodia, lepasan Pusat Dakwah Serantau, Yayasan Amal Malaysia, Sumayyah yang mengidap penyakit Leukimia baru2 ni diberitakan telah meninggal dunia jam 1.30 petang waktu Cambodia.

\"\"

Warga Pusat dakwah serantau dan alumni PDS mendapat berita yang menyedihkan itu dari Salah seorang lepasan PDS dari Cambodia.

Sumayyah atau nama samarannya Mayan, adalah pelajar batch ke tiga muslimat, semangatnya untuk mencari ilmu sangat tinggi, sebelum ke PDS, Mayan pernah bersekolah agama di Kelantan, kemudian kembali ke Cambodia kerana keluarganya tidak mampu membiayainya.

Setelah mendapat peluang belajar dengan penajaan penuh Yayasan Amal Malaysia, Mayan sekali lagi datang ke Malaysia untuk melanjutkan pengajiannya di PDS. Sebaik menamatkan pengajian di PDS, Mayan bersama rakan-rakan Cambodia yang lain pulang ke tanah air.

Ketika rakan-rakan yg lain berfikir untuk memulakan kerja dakwah lapangan di Cambodia, Mayan sentiasa berfikir untuk menambahkan lagi ilmu agama di samping berdakwah. Mayan bercita-cita mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Azhar di Mesir. Justeru dia mendaftar unt mengambil STAM di salah sebuah maahad di Cambodia yang menguruskan pengajian STAM untuk pelajar-pelajar luar Malaysia. Mayan sempat menduduki kelas STAM, tetapi tidak lama malang tidak lama kemudian, di terpaksa berhenti kerana ditimpa musibah sakit hingga sering keluar masuk wad.

Oleh kerana bayaran wad di hospital di Phnom Penh sangat tinggi, keluarganya tidak mampu menanggungnya. Warga Pusat Dakwah Serantau dan Yayasan Amal Malaysia turut menyumbang derma untuk tujuan rawatan, namun masih tidak mencukupi. Saya dan rakan-rakan Pusat Dakwah serantau berhasrat untuk menziarahi Mayan dan menghulur sumbangan, namun sayang tak kesampaian.

Bulan April tahun ini, kebetulan dua rakannya akan melangsungkan perkahwinan, kami sudah merancang ke Cambodia untuk meraikan pengantin dan ziarah Mayan. Namun Allah swt lebih menyayanginya dari kita semua. Jam 1.30 ptg tadi waktu Cambodia, Mayan telah dijemput oleh Allah swt.

kata Ustazah yang mengajarnya di Pusat Dakwah Serantau, \”Mayan seorang yang rajin dan peramah. Dalam kelas, dia rajin bertanya walaupun mulanya masih belum dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Tapi sikap berani mencuba dan ingin belajar yang tinggi buatkan dia cepat menguasai Bahasa Melayu berbanding kawan-kawan Kembojanya yang lain. Tak sangka, salam dan pelukan perpisahan kami 2 tahun lepas di PDS selepas mereka tamat belajar adalah pertemuan terakhir kami di dunia ini\”.

\”Semoga kita bertemu lagi di syurga kelak Mayan dengan senyuman manismu bak bidadari\”. Kita semua menjadi saksi amalannya di dunia yg Mayan seorang yg taat dan solehah. Semuga amalnya diterima Allah swt dan dosanya diampunkan.

Semoga Sumayyah tenang di alam sana dan ditempatkan bersama para syuhada dan solihin..aminn..

اللهم اغفر لها و ارحمها وعافيها واعف عنها

www.amalwilayah.com

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.