Sabtu ini, sekali lagi darah dan airmata akan membasahi bumi Gaza – Nadir Al-Nuri

AYUH PEKA APA YANG BAKAL DIDEPANI GAZA PADA SABTU, 30 MAC INI

Zionis Israel sedang bersiap-siaga mengerah segala kekuatan mereka di sempadan Gaza.

Tetapi mereka bukan merancang untuk masuk ke Gaza.

Mereka sedang bersiap untuk berdepan dengan peserta ulangtahun pertama perarakan aman The Great Return March pada hari Sabtu, 30 Mac ini.

\"\"

Mereka mengerahkan kereta kebal Merkava untuk berdepan dengan pemuda yang akan berarak dengan membawa sepanduk dan bendera.

Mereka mengerahkan ribuan tentera dengan kelengkapan Tafor dan sniper untuk berdepan kanak-kanak yang membawa bawang untuk menahan bau gas pemedih mata.

Mereka menyiapkan puluhan dron pesawat tanpa juruterbang dan kereta berperisai untuk berdepan wanita yang datang membawa bekal air dan kuaci.

Sabtu ini, sekali lagi darah dan airmata akan membasahi bumi Gaza.

Dan sekali lagi, peristiwa berdarah ini akan diwakili rakyat Malaysia tunggal sebagai tanda solidariti.

Ikut ketat-ketat, kerana tiada yang tahu pengakhiran hari ini yang bakal dicatat sebagai sejarah umat.

Dan kongsikan, agar rakyat tahu apa yang Gaza bakal berdepan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *