Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
Ziarah Mahabbah ke Pulau Banggi Sabah

MISI KE PULAU BANGGI,SABAH

\"\"
Seramai 21 orang Relawan Amal telah melibatkan diri dalam misi kali ini.

 Alhamdulillah pada 2 hingga 6 Oktober 2019 telah berangsungnya misi ziarah kasih di Pulau Banggi, Sabah. Seramai 21 orang Relawan Amal yang telah melibatkan diri bagi misi kali ini. Sebanyak 3 buah kampung pedalaman telah disantuni oleh para Reawan Amal iaitu Kampung Salangan, Kampung Melibu dan juga Kampung Pasir Hitam. Semuanya terletak jauh di pedalaman yang tiada rangkaian data \’line\’ internet di telefon.

Meskipun misi kali ini tiada kurniaan syahadah namun anak-anak dari keluarga belum islam sudah mahu turut sertai aktiviti-aktiviti kerohaniaan seperti kebersihan diri serta permainan yang diadakan dari Relawan Amal.

\"\"
\"\"\"\"

Sebanyak 6 set Kit Jenazah telah berjaya diperolehi dari jumlah terkumpul sumbangan Kit Jenazah dari para penyumbang. Semoga Kit ini dapat membantu masyarakat Muslim disini apabila berlaku kematian. Terdapat juga Kit kebersihan yang mengandungi ubat gigi,berus gigi,sabun mandi,syampo dan alatan kemasan diri. Dari hasil data & sumbangan itu Relawan Amal telah melaksanakan satu latihan cara memberus gigi dengan betul.

100 buah keluarga berjaya disantuni oleh Relawan Amal yang merangkumi 3 buah kampung seperti disenaraikan di atas. Setiap keluarga dibekalkan dengan Kit makanan asas seperti :

1. Beras 5 kg

2. Tepung gandum 2 kg

3. Garam

4. Gula

5. Minyak masak

6. Serbuk Kopi

7. Roti Gardenia

[\"\" 

Relawan Amal membuat persiapan sumbangan buat penduduk kampung

Sumbangan Kampung Salangan

Sumbangan barang asas dapur disumbangkan pada penduduk Kampung Selangan bagi membantu meringgankan beban mereka di sana. Penyerahan sumbangan berlangsung pada waktu siang pada jam 2 tengahari Relawan Amal mula bergerak berjalan rumah ke rumah penduduk disitu manakala di waktu malam juga disambungkan semula sesi penyerahan sumbangan.

\"\"
\"\"

Sumbangan Kampung Melibu

Sumbangan barang asas dapur dan juga alatan Kit kebersihan disumbangkan pada penduduk Kampung Selangan bagi membantu meringgankan beban mereka di sana. Penyerahan sumbangan berlangsung pada waktu siang pada jam 2 tengahari Relawan Amal mula bergerak menaiki bot dengan mengambil masa selama 1 jam untuk tiba di perkampungan. 

Sumbangan Kampung Pasir Hitam

Sebelum Relawan Amal pulang ke Kerabit, team relawan sempat memasuki satu lagi kawasan perkampungan yang terletak pedalaman untuk menyampaikan sumbangan serta ziarah penduduk kampung.

Sumbangan barang asas dapur disumbangkan pada penduduk Kampung Selangan bagi membantu meringgankan beban mereka di sana. 

\"\"

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.