9 Orang pemuda termasuk anak pemimpin ikhwan Muslimin Mesir di hukum gantung sampai mati, Ribuan Rakyat Mesir menyambut jenazahnya.

Rabu 20 Febuari lepas, Mesir telah menggantung sampai mati 9 orang yang dituduh membunuh Peguam Negara pada tahun 2015. Mereka yang berumur 23 hingga 30 tahun itu kebanyakkannya adalah pelajar -pelajar di universiti al-Azhar dan Zaqaziq. Hisham Barakat terbunuh dalam letupan yang mensasarkan keretanya sejurus selepas keluar daripada rumah. 

\"\"


Pelbagai pihak mengecam hukuman yang dijalankan. Mereka menegaskan perbicaran dilakukan secara zalim dan tidak adil. 
Rakyat menyatakan kemarahan di media-media sosial kerana tandatanya berhubung keadilan mahkamah. Antaranya ialah tempoh masa yang terlalu singkat di antara tarikh sebutan hukuman dan pelaksanaannya yang kurang daripada tiga bulan. 


Mahmud al-Ahmadi yang dihukum mati pernah memberitahu mahkamah beliau diseksa menggunakan renjatan elektrik dan lain-lain supaya memberikan pengakuan. Terdapat video yang merakam ucapannya di mahkamah. 


Awal pagi hari hukuman dijalankan, Marwah anak kepada Peguam Negara yang dibunuh  menulis di facebook: aku bersaksi di hadapan Allah, aku tahu pemuda dalam kes pembunuhan ayah akan dihukum gantung tak lama lagi. Aku berserah dan urusanku adalah kepada Allah, kerana ini nyawa manusia sama seperti nyawa ayah. Pemuda ini ini bukan orang yang membunuh ayah. Mereka akan mati dengan zalim. Cari dan tangkaplah pembunuh yang sebenar. 


Walau bagaimana pun, hantaran ini telah dipadam tidak lama kemudian. Pemilik mendakwa akaunnya telah digodam.  Salah seorang yang digantung Ahmad Taha adalah anak kepada pemimpin Ikhwan Muslimin Muhammad Taha Wuhdan. Beliau adalah ahli jawatankuasa Maktab al-Irsyad iaitu badan pembuat keputusan yang tertinggi dalam pertubuhan itu.

Rana, isteri al-syahid Ahmed Wehdan. Mereka sempat hidup bersama selama 7 bulan sebelum keadaan memisahkan. Dia sedang mengandung 5 bulan ketika suami diheret ke penjara. Terakhir bertemu suami secara berdepan 21 Febuari 2017. Terakhir si ayah melihat puterinya ketika berumur 8 bulan. kini, di usia 2 tahun 8 bulan, Laila telah kehilangan ayah sebelum sempat dikenalinya.

\"\"

Baby Laila lahir ketika ayahnya dalam penjara. kali pertama ayahnya melihatnya ketika umurnya sebulan, ketika hadir pada perbicaraan mahkamah, si ibu mengangkat anaknya supaya ayahnya mampu melihat dari jauh. Ketika yang lain pula, si isteri buat isyarat pada suami yang anak kecilnya telah tumbuh gigi, ayah pula membuat isyarat love dengan jari. Sedihnya tengok kisah cinta kelurga muda ini. Melihat senyuman mereka saling berbalasan dari jauh, benar-benar begitu amat meruntun kalbu.

Ahmed Wehdan salah seorang daripada sembilan pemuda Mesir anggota Ikhwan al-Muslimin yang dituduh membunuh pendakwaraya tertinggi Mesir dengan cara perangkap bom pada tahun 2015. Mereka terpaksa mengaku bersalah setelah berdepan siksaan polis dalam tahanan. Pagi rabu, 20 Febuari 2019, mereka syahid setelah menerima hukuman gantung.

Rana, isteri al-syahid Ahmed Wehdan. Mereka sempat hidup bersama selama 7 bulan sebelum keadaan memisahkan. Dia sedang mengandung 5 bulan ketika suami diheret ke penjara. Terakhir bertemu suami secara berdepan 21 Febuari 2017. Terakhir si ayah melihat puterinya ketika berumur 8 bulan. Pada umur 2 tahun 8 bulan, Laila telah kehilangan kasih sayang ayah sebelum sempat mengenalinya.

Ahmed Wehdan ada meninggalkan mesej buat anak kecil kesayangannya : \”Ketahuilah anak kecilku, wahai kekasih pengarang jantungku, ayahmu tidak pernah melakukan sebarang jenayah atau dosa. Segala yang ku mahu adalah untuk melindungimu dan menyediakan sebuah tanah air selayaknya tempat kau berlindung. Maafkanku kerana tidak mampu memelukmu pelukan terakhir, atau mencium dahimu yang suci bersih. Namun aku kan menantimu di sana, di pintu syurga…tempat yang tiada lagi perpisahan malah ucapan selamat tinggal. Wahai kesayanganku, aku sayang pada mu!

\”Aku telah dituduh membunuh seorang lelaki yang – aku bersaksi dengan Allah bahawa – sebelum ini aku tak pernah mengetahui nama apatah lagi rupanya. Betapa sejak kecil aku bercita-cita dikurniakan syahid di depan pintu masjid al-Aqsa, namun ruh dan jasad kita milik Allah jua.. Dalam genggamanNya sekali ketentuan. Andai ada aku berbuat salah kepada sesiapa, ku pohon maafkan aku!\” – Al-Syahid Ahmad Mahrus


Ribuan orang menyambut dua jenazah yang baru sahaja diserahkan. Kelewatan mendapatkan jenazah telah menimbulkan kemarahan di kalangan ahli keluarga dan orang ramai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *