13 INFO THE GREAT RETURN MARCH YANG AKAN MEMBUATKAN KITA MERENUNG PANJANG

Menjelang ulangtahun The Great Return March pada 30 Mac 2019 ini (Sabtu), ada beberapa fakta yang perlu kalian tahu tentangnya :

1. Perarakan aman ini dalam bentuk demonstrasi tanpa senjata di sepanjang sempadan Gaza dan tanah jajahan Israel. Ia bermula pada 30 Mac 2018, dengan tujuan utama menuntut diangkat kepungan ke atas Gaza, diberikan hak pelarian untuk pulang ke tempat asal mereka yang telah dijajah (the right of return) dan untuk menarik perhatian masyarakat antarabangsa dan umat Islam secara khusus terhadap isu Palestin yang semakin suram.

\"\"

2. Sehingga 29 Mac 2019, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan jumlah syuhada’ GRM setakat ini ialah seramai 266 orang, dan 30,398 cedera dengan kecederaan berbeza-beza.

3. Daripada jumlah ini, 255 orang adalah lelaki, dan 6 orang adalah wanita, termasuk paramedik Razan An-Najjar. Daripada jumlah tersebut juga, 50 orang adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

\"\"

 

4. Jumlah mereka yang cedera disebabkan peluru hidup, hampir separuh daripada jumlah keseluruhan, iaitu mencecah 6,646 orang atau 42.3%.

5. Pada bulan lepas, Suruhanjaya Siasatan PBB telah mengeluarkan dakwaan yang mengesahkan bahawa penjajah Zionis telah ‘dengan sengaja menembak, membunuh, dan melumpuhkan demonstran aman, termasuk kanak-kanak, wanita dan paramedik.’

6. Mereka ditembak oleh tentera Zionis dengan alasan demonstran adalah ‘penghasut utama’ yang menggalakkan penduduk mendekati pagar pemisah di antara Gaza dan tanah dijajah.

7. Dakwaan Suruhanjaya Siasatan ke atas Israel tersebut disokong badan-badan hak asasi manusia seperti Adalah, yang telah gagal dalam cubaan mendakwa tentera pembunuh di Mahkamah Agung Israel tahun lepas. Mereka juga mendakwa bahawa istilah ‘penghasut utama’ adalah ciptaan Israel, di mana dalam Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa dan Undang-Undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa, hanya ada istilah ‘kombatan’ dan ‘orang awam’ sahaja.

8. Protes aman ini telah berkembang kepada tiga bentuk, yang pertama perarakan dan perkumpulan setiap Jumaat di sempadan Gaza dan tanah haram Israel, keduanya protes dan perkumpulan aman di sempadan laut di antara utara Gaza dan tanah haram Israel pada setiap hari Isnin yang disebut sebagai ‘hirak al-bahri’ (pergerakan di laut), dan protes pada waktu malam di sempadan yang disebut ‘irbak laili’ (kekacauan waktu malam) pada setiap hari Selasa.

\"\"


9. Protes GRM ini menyebabkan kekacauan kepada tentera Zionis apabila jumlah tenaga yang perlu dikerah bertambah setiap hari, jadual latihan berfasa terpaksa dirombak dan kekerapan cubaan masuk ke tanah dijajah melalui pagar pemisah bertambah.

10. Ia juga menyebabkan ketakutan dan gundah-gulana terhadap penduduk penempatan haram berdekatan sempadan Gaza, yang sentiasa bimbangkan keselamatan keluarga dan harta mereka, samada oleh suara pemuda, atau ‘ancaman’ layang-layang, belon dan kondom berapi yang dilepaskan ke tanah haram.

11. Sabtu ini, 30hb Mac adalah ulangtahun perarakan aman GRM yang pertama, dan dijangkakan puluhan ribu malah mungkin ratusan ribu penduduk akan menyertainya.

12. Pada masa sama, pihak Zionis telah mengerahkan puluhan kereta kebal, kenderaan berperisai dan ribuan tentera untuk berjaga di sempadan bagi berhadapan dengan lautan manusia yang akan berarak.

\"\"

13. Puluhan syuhada’ akan tumbang, ratusan lagi akan cedera, tetapi inilah harga yang perlu dibayar oleh penduduk Palestin supaya suara mereka didengari – bumi yang telah dijajah ini wajib disirami dengan darah.

Penulis adalah rakyat Malaysia tunggal di Gaza sejak tahun 2013, telah mengikuti siri perarakan aman GRM sejak 30 Mac tahun lepas, dan telah menyaksikan belasan pemuda tumbang samada sebagai syuhada’ atau cedera di hadapan mata.

Saudara Nadir Al-Nuri juga adalah pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang bergerak aktif menjalankan projek kemanusiaan terus di Gaza.

Untuk menyumbang, salurkan ke akaun rasmi NGO tersebut melalui akaun Maybank 5648 1050 7826, dan ikuti telegram di link t.me/palestinterkini untuk berita sepantas kilat dan gambar

Layari website kami: www.amalwilayah.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *