Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
4 kisah Kak Jah Menyantuni Rakan Jalanan, pengalaman yang menghidup jiwa

PENGALAMAN SEORANG SUKARELAWAN MENYANTUNI RAKAN JALAN SEMASA PROGRAM KENDURI AKIKAH DAN SAMBUTAN RAMADHAN 1 MEI 2019

Pagi tadi, Kak Jah menyelit meraikan Rakan Jalanan sekitar Chow Kit. Anjuran Guru Jalanan, Yayasan Amal Malaysia, dengan kerjasama iCare Selangor, Win 2B7 & ARC (Alternative Riding Club, Puncak Alam).

1. \’Athirah\’, kanak2 perempuan comel berusia 3 tahun, tanpa segan silu, langsung tidak takut dengan orang, menjinjit beg plastik, mengikut kakaknya yang berusia 8 tahun, memilih baju2 sumbangan. Tidak kekok langsung. \”Adik, baju nih cantik, muat nih,\”tegur Kak Jah.\” Nak! Nak!\”, bersinar bulat mata \’Athirah\’. Semua baju yang Kak Jah suggest, semua dia nak. 

\"\"

2. \’Baby\’, kanak2 perempuan berusia 10 tahun, syndrome down, ada sedikit masalah pertuturan tapi faham apa yang kita cakap. Suka kasut, baju2 bling bling. Ada sekali tu, dia try baju yang bling bling, Kak Jah tepuk tangan cakap cantik. Terus dia tetiba campak baju tu macam marah. Pastu dia terus datang ke arah Kak Jah, sambil tepuk2 tangan. Rupanya \’Baby\’ ajak Kak Jah main dengan dia. Suspens la \’Baby\’ nih. 

3. \”Pakcik duduk area sini ker?\” tegur Kak Jah pada seorang lelaki berusia yang sedap menyuap nasi. \”Aah, dekat2 sini, tapi malu nak cakap, Pakcik takde rumah. Senang kata gelandangan. Anak ada kerja nak kasik Pakcik? Cuci pinggan pun takpe, janji ada duit beli makanan.\” Kak Jah speechless.

\"\"

4. \”Kak Kay\” wanita tinggi lampai, menyewa bilik. \”Selamat Berpuasa, kak,\” tegur Kak Jah. \”Akak tak boleh berpuasa, kena tiap2 hari makan ubat,\” Kak Kay menerangkan. Ustazah Shadiya Abbas di sebelah Kak Jah menambah, \”Akak, jaga solat tau.\” Di balas dengan anggukan Kak Kay, sambil menunduk. Lama kemudian, Kak Kay membuka mulut, \”Saya baru dan tengah belajar Al-Qur\’an…\”. Allahu… Sebak hati Kak Jah dengar statement jujur Kak Kay. 

\"\"

Ini antara watak2 yang Kak Jah temui dan sempat berbual pagi tadi sepanjang program. Pertemuan yang menghidupkan jiwa antara satu sama lain. First time join program dengan Yayasan Amal even dah bertahun2 Ustaz MK Azman add dalam group WA,. Terjumpa balik dengan Kak Azita Ayu, my classmate masa kelas Talaqqi Al-Qur\’an (Menengah) 2016 yang aktif bekerjasama menyantuni Rakan Jalanan dengan mengadakan kelas Fardhu Ain. Salute! 

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.