Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
8 Antara amalan sunat bagi mereka yang akan melakukan ibadah korban yang anda patut tahu

Antara amalan sunat bagi yang akan melakukan ibadah korban ialah:

1- Memperbanyakan amalan soleh
Memperbanyakkan amalan soleh pada 10 hari awal Zulhijjah merupakan sunnah Nabi SAW dan amalan para sahabatnya. Ia merangkumi semua amal soleh seperti berpuasa, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya.

2- Puasa Sunat Hari Arafah
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), aku berharap agar Allah menjadikannya penghapus dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya”. [HR. Muslim]

3- Membanyakkan takbir bermula pada Subuh 1 Zulhijjah sehingga Asar 13 Zulhijjah
Ibnu ‘Abbas R.anhuma berkata: “Berzikirlah kalian kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq. Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah solat sunat Aidil Adha”. [HR Al-Bukhari]

4- Menyembelih haiwan korban
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Maka dirikanlah solat kepada Tuhanmu dan sembelihlah korban”. [Surah Al-Kauthar: 2]

5-  Tidak memotong kuku, rambut dan bulu
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan ada diantara kamu yang melaksanakan ibadah korban, maka hendaklah dia menahan diri daripada menggunting rambut (termasuk mencukur bulu) dan memotong kukunya”. (HR. Muslim)

6- Tidak makan sebelum solat raya
Ibn Buraidah RA berkata: “bahawasanya Rasulullah SAW kebiasaannya tidak akan keluar daripada rumah (untuk pergi mendirikan solat raya aidilfitri) kecuali sehingga telah makan, dan baginda SAW tidak makan pada hari raya haji melainkan selepas pulang (daripada solat raya)”. (HR Ibnu Majah)

7- Menunaikan solat sunat aidil adha
Ummu Atiyah radiallahu ‘anha berkata:

“Kami disuruh untuk keluar pada hari raya, sehinggalah kami mengeluarkan anak dara kami daripada rumah mereka, kami mengeluarkan wanita-wanita yang haidh supaya mereka pun dapat duduk di belakang orang (yang mendirikan solat raya), lalu mereka bertakbir bersama-sama dengan takbir mereka, berdoa dengan doa mereka, dan mengharapkan keberkatan dan kesucian hari tersebut”. (HR. Al-Bukhari)

8- Memperbanyakkan Berdoa
Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah, dan sebaik-baik perkataan yang aku dan nabi-nabi sebelum ku katakan adalah: Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu untuknya, bagi Pemilikan (seluruh alam), baginya segala pujian, dan Dia Berkuasa di atas segala sesuatu”. (HR. At-Tirmidzi)

Disusun oleh
Ustaz MK Azman
AmalQurban Wilayah
0196342942

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.