Amal Wilayah
Order here
Info
In
Out
Due Date
RM0.00
nan%
nan%
Terkumpul
Sasaran RM0.00
Share to Friends
Bolehkah orang kafir memakan daging korban?

Ada beberapa isu panas yang sering dibangkitkan orang.

Bolehkah orang kafir memakan daging korban?

Jawapannya, ia khilaf di sisi ulama. Ada yang mengharamkan dan ada yang mengharuskan. Sudut dakwah sy lebih suka melihat keharusan utk memberi makan tapi tidak kepada yg nak tapau dsb..sekadar bg makan di tmpt korban xde isu pd sy terutamanya di Pedalaman Sarawak.

Namun, sebaik-baiknya utamakanlah orang-orang Islam terlebih dahulu. Selepas itu, jika mahu diberikan kepada non muslim, apatah lagi non muslim yang fakir, ia tidak mengapa.

Apakah status korban nazar? Hukum asal yang sunat menjadi wajib. Malah, daging korban nazar tidak boleh dimakan oleh pemilik korban. Ia hendaklah disedekahkan semuanya sekali.

Upah kepada penyembelih dan pelapah haiwan korban bagaimana pula? Haram memberikan mana-mana bahagian haiwan korban kepada mereka sebagai upah. Sebaliknya berilah sebagai sedekah biasa. Jika mahu beri upah, ambil wang dan berikan mereka upah.
Korban luar negara?

Hukum asalnya, sebaik-baiknya diutamakan di dalam negara dan di kawasan sendiri dahulu. Jika sudah memenuhi keperluan, baharu dibawa keluar. Namun, ada ulama yang mengharuskan jika memang keperluan di luar negara lebih mendesak.

Gabungan korban dan aqiqah? Hukumnya juga khilaf. Sebahagian ulama menegah dan sebahagiannya mengizinkan. Namun, memandangkan korban itu ibadah tertentu waktunya, maka eloklah didahulukan korban. Kerana aqiqah boleh dilakukan tak kira masa, selagi anak masih belum baligh.

Bolehkah buat korban untuk orang yang sudah mati? Isu ini juga khilaf; namun lebih utama dibuat korban bagi orang yang masih hidup. Di sisi mazhab Syafie, ia hanya sah jika ada wasiat dari si mati.

Ini kerana, jika kita mahu membuat korban bagi pihak orang lain, wajib kita meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Jika diizinkan ia menjadi korban, jika tidak ia menjadi sedekah. Maka, bagi mereka yang sudah meninggal dunia, sedekahkanlah pahala korban itu bagi pihak mereka.

Sedikit pengubahsuaian, teks asal dari MAIS. Elakkan bergaduh benda khilaf.

Ustaz Adam Lawrence
Daie Pendakwah Muallaf

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan merupakan sebahagian daripada cawangan Yayasan Amal Malaysia. Kami merupakan sebuah badan bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan Amal Kebajikan. No akaun sumbangan BANK ISLAM (1403 2010 0341 23) CIMB ISLAMIC (8603 255 448) Kami merupakan NGO Kebajikan yang aktif menjalankan misi pembangunan kemanusiaan seperti membantu mangsa bencana, kebuluran, kemiskinan dan juga dakwah di Malaysia dan serantau asia, terutamanya dan negara-negara dunia umumnya.
Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Yayasan Amal Malaysia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan dakwah, kebajikan dan kemanusiaan. Mempunyai cawangan di seluruh negara dan bergerak aktif menjalankan misi kebajikan dan kemanusiaan di dalam dan luar negara. Berbekalkan semangat dan slogan “Berkhidmat Untuk Kemanusiaan dan Beramal Kerana Allah” , AMAL bergerak ke pelusuk negara dan dunia bagi menabur bakti kepada umat manusia yang ditimpa musibah dan kurang bernasib baik. AMAL mengoptimumkan segala sumber yang dimiliki untuk dimanfaatkan membantu mereka yang memerlukan bantuan sama ada berpunca dari bencana alam atau manusia di dalam dan luar negara. Menggerakkan tenaga sukarelawan untuk menambahbaik persekitaran pendidikan, kesihatan dalam masa yang sama menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak. Mengetengah isu keadilan, kebajikan dan hak asasi manusia untuk memberi suara kepada mereka yang memerlukannya.
Ikut Turutan Ringgit
Sort A-Z
Keluar
Belum ada rekod duit keluar di saat ini. Setiap sen kegunaan akan dipaparkan di ruangan ini.